BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 26, 2011

Brainstorming

Mula dari kisah sang arjuna bola,beralih ke cinta kuih sagu dan kini beralih kepada sang arjuna menjadi arjuni.
Banyak nak kena pikir. Dari introduction,klimaks dan pengakhiran. Harap Sekrew dpt hasil kan apa yang diinginkan. Ini baru permulaan. Yang ini perjumpaan kedua. harap perjumpaan seterusnya berjalan lancar. InsyaAllah :)
























550D awak ela pergh i like.mabeles

Tuesday, January 25, 2011

Toksey

Wild Channel hak tuih haha
Wild Channel ada gelap sikit dha. haha
toksey a'an toksey


Sunday, January 23, 2011

2 pm to 930 pm

hari ini.
 "TIMELOCK"
 90's.



Good Luck geng 90's auw
: dya.pija.rarazain.


Tuesday, January 18, 2011

Yok. Excercise.


2011 buat aktiviti yang lebih ke arah senaman. Eceh nak excercise lah konon. jangan hangat-hangat tahi ayam je sudah *ingatkan diri sendiri sob sob. Dan 2011 sebab ini lah aku jadi lebih gelap. Tanning lah konon. Mana taknya kalau pegi tengah hari buta memang panas lah kan. Memang hitam lah kan. haish. Tapi tak apa, nak excercise punya pasal.

Dalam beberapa orang ni ada yang dah dapat gelaran.
i)Talapiah Hitam
ii)Talapiah Merah
iii) Pingu

Eh baru perasan ada jugak talapiah yang lain haha
i)Talapiah Subjero
ii)Talapiah Siong
iii)Talapiah Bam-Bam

Bila Nak Habis?

Dah taksub sangat cerita indonesia. Mula-mula tengok saja suka-suka. Rupa-rupanya hmm dah addicted. Macam kalau ada satu hari terlepas tak sabar rasanya nak tunggu esok. Macam bila ade kelas balik pukul enam petang cepat-cepat nak balik sebelum cerita tu habis enam setengah petang. Tapi kadang-kadang terpaksa juga berkorban untuk benda yang lebih penting.Yang mana pentig yang itu patut didahulukan. Tv datang kemudian. Tapi dua-dua penting !



Cerita Cinta Dan Anugerah

Banyak episod lagi to go..haish. Nabila tu cantik,kalau lah dpt jadi mcm dia :) eceh berangan lebih haha. Yang dalam gambar sebelah kanan tu hensem alahai.muka suwet :)

Saturday, January 15, 2011

Bila Marikh nak jadi Pluto

Kau,Kau dan Kau

Kenapa tak guna awak,awak dan awak. kenapa ya? sebab TAK SUKA. senang cerita sebab memang tak suka lah. katanya hidup tak patut benci membenci. ye tu betul. Tapi saya tanya awak-awak patut kah awak diam kalau awak rasa ancaman yang salah sasar yang macam setan datang bertubi-tubi? *mungkin awak kata ya mungkin awak kata tak. Tapi saya Marikh bukan nama sebenar berkata tidak.mana boleh saya duduk diam!

Saya Marikh yang dulunya senyum. diam tak kata apa-apa. ye kan sahaja senyumkan sahaja. pekakkan telinga konon cuba jadi neutral bila ada panahan yang salah tersasar. Dah la tumpul,terbalik,songsang pulak ish! Macam tu lah bila banyak panah tumpul tersasar. Tak rasa ke dah ber"tattoo"? lepas tu sampai dah berkudis dekat kepala?semestinya lah dah ber"tattoo"! sedangkan saya Islam. bukan saya nak bercakap bab agama. cuma gambaran yang saya Marikh berikan.

Mungkin sekarang kau,kau dan kau tak duduk senang. Kerana aku Marikh dah jadi merah panas tak boleh padam. Aku Marikh nak saja minta bapak aku tukar nama jadi Pluto biar sejuk beku. Baru cool. Tapi aku Marikh dah tak boleh. Susah nya Marikh bila dah jadi merah marah dendam.
 
Dulu Utarid, Musytari elok saja berlegar dengan orbitnya sendiri. Sama jugak Bumi,Zuhal dan Uranus. Neptun,Pluto dan aku Marikh pon sama. Sama-sama pusing sama-sama laga-laga mata bibir tersenyum gelak-gelak bedekah pulak tu. Sama-sama gelak tapi ada je yang tak senang. dan sebab tu berkecamukan orbit habis yang lain berantakan. Pluto.. aku ni Marikh, kalau aku suruh bapak aku tukar aku nama jadi Pluto yang lagi satu boleh tak ? kalau lah aku Marikh boleh duduk lagi dalam perut Pluto yang dulu kan. Kalau lah.. Tapi Kau,Kau dan Kau yang dah musnahkan!


Marikh terus merah padam dendam terus.

Thursday, January 13, 2011

Jangan Cari Pasal

Cerita sarang tebuan, masa mula buat sarang, sendiri-sendiri.
Diam. Sepi. Macam dah noktah. Cuma ada bunyi yang minima yang tak kacau keliling. Tak bingit tak berdentum. Dalam dunianya sendiri masih,masih lagi beroperasi binanya habitat.
Masa yang sama terus dan masih lagi memerhati. Perhati sekeliling yang mana sebenarnya adalah ancaman.
tak kacau keliling sebab sibuk dengan habitat sendiri. Jadi, jangan kacau sebab itu lah tanda amarannya!

Elok dah jadi habitat,biak nya satu demi satu. Cerita cereka alam, memang akan ada yang kacau.
Ada yang usik. Sedangkan kawasan yang dibina tak ganggu yang keliling. Melainkan pokok yang ditumpang.
Parasit kah apakah dah memang itu tempatnya. Apa yang boleh kata?
Jadi kenapa yang keliling sebok nak senggol,sebok nak usik,sebok nak jolok-jolok! Pantang tengok yang senang!
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Bila sang-sang tebuan mengamuk,baru mencicit. Baru sebok nak pas-pas beton tolak sana sini.
Pas sana sini, nak kata tak pernah tahu lah tak pernah kacau sarangnya lah.Macam-macam. Konon tak tahu menahu. Apakah?
Sedangkan si sang-sang tebuan nampak dalam diam tahu sebenar apa jadinya? Bila sang-sang tebuan berpecah belah tak sebok pula si-si lahabau masuk campur?
Tadi sebok nak kacau. Kenapa tak biar saja mereka tenang? Biar saja.tinggal saja mereka dengan sindiri.
Itu yang sepatutnya yang dibuat wahai tuan-tuan pengacau.Wahai si penyebok.

Bila tiba masanya sang-sang tebuan bertempiaran.Jaga-jagalah kau sang pengacau sang lahabau!
Mana tahu bisa yang tidak bisa dipadam? Mana tahu bisa yang ditinggal mendalam?
Jangan tanya sang pokok.Sang pokok tak ada masalah apa-apa pon. Tak bising pon di tompang. Sang pokok diam tak kata apa. Ikhlas katanya.
Cuma yang nak diningatkan kepada kau sang lahabau,  
Jangan Coba Jangan Berani Kacau.Jangan sebok nak cari pasal.Pandai kau buat, pandai kau kacau pandai lah kau tanggung sendiri nanti.