Wednesday, January 26, 2011
Brainstorming
Posted by a'an marckonah at 9:55 AM 0 comments
Tuesday, January 25, 2011
Sunday, January 23, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Yok. Excercise.
2011 buat aktiviti yang lebih ke arah senaman. Eceh nak excercise lah konon. jangan hangat-hangat tahi ayam je sudah *ingatkan diri sendiri sob sob. Dan 2011 sebab ini lah aku jadi lebih gelap. Tanning lah konon. Mana taknya kalau pegi tengah hari buta memang panas lah kan. Memang hitam lah kan. haish. Tapi tak apa, nak excercise punya pasal.
Dalam beberapa orang ni ada yang dah dapat gelaran.
i)Talapiah Hitam
ii)Talapiah Merah
iii) Pingu
Eh baru perasan ada jugak talapiah yang lain haha
i)Talapiah Subjero
ii)Talapiah Siong
iii)Talapiah Bam-Bam
Posted by a'an marckonah at 10:39 PM 0 comments
Bila Nak Habis?
Dah taksub sangat cerita indonesia. Mula-mula tengok saja suka-suka. Rupa-rupanya hmm dah addicted. Macam kalau ada satu hari terlepas tak sabar rasanya nak tunggu esok. Macam bila ade kelas balik pukul enam petang cepat-cepat nak balik sebelum cerita tu habis enam setengah petang. Tapi kadang-kadang terpaksa juga berkorban untuk benda yang lebih penting.Yang mana pentig yang itu patut didahulukan. Tv datang kemudian. Tapi dua-dua penting !
Posted by a'an marckonah at 10:16 PM 2 comments
Saturday, January 15, 2011
Bila Marikh nak jadi Pluto
Kau,Kau dan Kau
Kenapa tak guna awak,awak dan awak. kenapa ya? sebab TAK SUKA. senang cerita sebab memang tak suka lah. katanya hidup tak patut benci membenci. ye tu betul. Tapi saya tanya awak-awak patut kah awak diam kalau awak rasa ancaman yang salah sasar yang macam setan datang bertubi-tubi? *mungkin awak kata ya mungkin awak kata tak. Tapi saya Marikh bukan nama sebenar berkata tidak.mana boleh saya duduk diam!
Saya Marikh yang dulunya senyum. diam tak kata apa-apa. ye kan sahaja senyumkan sahaja. pekakkan telinga konon cuba jadi neutral bila ada panahan yang salah tersasar. Dah la tumpul,terbalik,songsang pulak ish! Macam tu lah bila banyak panah tumpul tersasar. Tak rasa ke dah ber"tattoo"? lepas tu sampai dah berkudis dekat kepala?semestinya lah dah ber"tattoo"! sedangkan saya Islam. bukan saya nak bercakap bab agama. cuma gambaran yang saya Marikh berikan.
Mungkin sekarang kau,kau dan kau tak duduk senang. Kerana aku Marikh dah jadi merah panas tak boleh padam. Aku Marikh nak saja minta bapak aku tukar nama jadi Pluto biar sejuk beku. Baru cool. Tapi aku Marikh dah tak boleh. Susah nya Marikh bila dah jadi merah marah dendam.
Dulu Utarid, Musytari elok saja berlegar dengan orbitnya sendiri. Sama jugak Bumi,Zuhal dan Uranus. Neptun,Pluto dan aku Marikh pon sama. Sama-sama pusing sama-sama laga-laga mata bibir tersenyum gelak-gelak bedekah pulak tu. Sama-sama gelak tapi ada je yang tak senang. dan sebab tu berkecamukan orbit habis yang lain berantakan. Pluto.. aku ni Marikh, kalau aku suruh bapak aku tukar aku nama jadi Pluto yang lagi satu boleh tak ? kalau lah aku Marikh boleh duduk lagi dalam perut Pluto yang dulu kan. Kalau lah.. Tapi Kau,Kau dan Kau yang dah musnahkan!
Marikh terus merah padam dendam terus.
Posted by a'an marckonah at 12:29 AM 0 comments
Thursday, January 13, 2011
Jangan Cari Pasal
Cerita sarang tebuan, masa mula buat sarang, sendiri-sendiri.
Diam. Sepi. Macam dah noktah. Cuma ada bunyi yang minima yang tak kacau keliling. Tak bingit tak berdentum. Dalam dunianya sendiri masih,masih lagi beroperasi binanya habitat.
Masa yang sama terus dan masih lagi memerhati. Perhati sekeliling yang mana sebenarnya adalah ancaman.
tak kacau keliling sebab sibuk dengan habitat sendiri. Jadi, jangan kacau sebab itu lah tanda amarannya!
Elok dah jadi habitat,biak nya satu demi satu. Cerita cereka alam, memang akan ada yang kacau.
Ada yang usik. Sedangkan kawasan yang dibina tak ganggu yang keliling. Melainkan pokok yang ditumpang.
Parasit kah apakah dah memang itu tempatnya. Apa yang boleh kata?
Jadi kenapa yang keliling sebok nak senggol,sebok nak usik,sebok nak jolok-jolok! Pantang tengok yang senang!
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Bila sang-sang tebuan mengamuk,baru mencicit. Baru sebok nak pas-pas beton tolak sana sini.
Pas sana sini, nak kata tak pernah tahu lah tak pernah kacau sarangnya lah.Macam-macam. Konon tak tahu menahu. Apakah?
Sedangkan si sang-sang tebuan nampak dalam diam tahu sebenar apa jadinya? Bila sang-sang tebuan berpecah belah tak sebok pula si-si lahabau masuk campur?
Tadi sebok nak kacau. Kenapa tak biar saja mereka tenang? Biar saja.tinggal saja mereka dengan sindiri.
Itu yang sepatutnya yang dibuat wahai tuan-tuan pengacau.Wahai si penyebok.
Bila tiba masanya sang-sang tebuan bertempiaran.Jaga-jagalah kau sang pengacau sang lahabau!
Mana tahu bisa yang tidak bisa dipadam? Mana tahu bisa yang ditinggal mendalam?
Jangan tanya sang pokok.Sang pokok tak ada masalah apa-apa pon. Tak bising pon di tompang. Sang pokok diam tak kata apa. Ikhlas katanya.
Cuma yang nak diningatkan kepada kau sang lahabau,
Jangan Coba Jangan Berani Kacau.Jangan sebok nak cari pasal.Pandai kau buat, pandai kau kacau pandai lah kau tanggung sendiri nanti.
Posted by a'an marckonah at 8:10 AM 0 comments
Wednesday, January 12, 2011
Terbabit
Borak-borak dalam kelas. Tapi waktu tu kelas dah habis.Tak ape lah kan sebab waktu kelas mana boleh borak kene FOKUS. Kata student kan,time belajar kita kena belajar time borak kita wajib borak kan. *macam mintak kaki pon ada.
Waktu tu..aku,Kak Anne,Shera,Kak Amoi,Kema,Kak Sa,Kak Farha,Abang Filza dalam kelas. *betapa tertinggal nya umur aku sebab dalam kelas banyak kakak dan syukur ada abang tunggal. Kema borak pasal Sofea dan Panjang and ape entah(aku salin mana aku ingat,tapi tak 100% ingat). Tapi ingat ada kait pasal hantu ikut lah konon. Seram tak seram jugak la.Kawan kelas aku ni kata,boyfriend dia dapat rasa kalau dia tengah keluar dengan kawan lelaki lain. Karutnya,kononnya aku kata mesti ada la kan yang ikut. saja la main-main kata macam tu. Kema pon kata ha ye la rasanya tapi tak tahu la kan. Tapi memang Kema kata selalu macam tu boyfriend dia dapat tau.hayook. Ada satu hari,elok kema keluar hari tu duduk sit belakang dalam kereta dengan kawan lelaki dia. Tak lama boyfreind dia mesej kata something yang dia macam tahu keadaan kema waktu tu. haa..
Kak Amoi kata sekarang kita sesi mengumpat boyfreind! *statement maut. nasib aku single.ehem.dan-dan..
alah biasa lah perempuan. omong-omong macam tu tapi sayang jugak kan kak Amoi?*macam lah depa-depa tak buat kan?i mean the boyfreindss.erm maksudnya mereka sayang lah tu.cet.
Boleh tahan dengar cerita Kema, macam mana entah aku rasa takut pulak. tiba-tiba macam mana aku boleh kata kat Kema, aku takut la kema kalau aku "terbabit"! ha macam mana? *maksud aku terbabit macam hantu yang kononya ikut tu,dia cam muka aku sekali.ha macam mana? ha jawab!
Sebab time tu aku salah satu yang fokus dengar cerita Kema. Dierang gelakkan aku sebab aku kata ayat terbabit. betul lah kan. sob..sob.. habis aku nak kata apa? berkecimpung? lagi la kan kena hanjeng 7 malam tak habis.
Tapi tak apa, since aku dah upload cerita ni dekat blog. Dan ada yang baca, makudnya mereka yang baca pun TERBABIT sama!! Jadi aku ada geng kalau diperhati oleh "mereka". Majmuk sikit yang akan diperhati kan.
*INGAT! lepas baca ni..ingat tau.ingat la..ingat-ingat sendiri. ha..hayokk
ini cuma cerita.ketepikan tahyul.hanya cerita dalam cereka hidup.yang boleh diambil ikhtibar di ambil. ada banyak contoh seperti
i) belajar perlu fokus
ii) bila dah borak jangan belajar
iii)borak boleh tapi lepas kelas
iv)curang tapi jangan lakukan.tapi bukan curang kan CUMA keluar bersama kawan. senang cerita berlaku jujur.
v)perempuan penyayang orangnya *tiba-tiba lah kan.
*dan aku coba belajar dari cerita cereka hidup mereka :)
Posted by a'an marckonah at 4:31 PM 2 comments
First. Satu. Sigi.
Mula dengan pertama baru ada kedua. Dah banyak kali pertama tapi aku tak berjaya untuk yang berikutnya. Macam mana? ce cite,ce cite..
*tak apa gagal sekali bukan gagal selamanya,jadi aku coba lagi.coba bina blog(gila looser bina blog pon tak lepas-lepas)
Tegar niat 2011 nak reti menulis sebab..haish banyak sebabnya. salah satu sebab dah tahun baru dah masuk sem baru dan dah ada subject baru.yeahh SCRIPT WRITING. Apa aku nak tulis kalau aku tak tahu tulis? Apa aku nak skripkan kalau aku tak ada idea nak di skripkan? jadi aku pilih tajuk ini.tajuk NGOMONG-NGOMONG.
*baru jawajati.
Jadi aku jadikan yang belum jadi,supaya menjadi-jadi. Dengan ada nya kemudahan medium "blogspot.com" aku coba mula "bertaktih". tak cukup untuk bertaktih sekali, jadi kena bertaktih banyak-banyak kali.ye "banyak-banyak kali"..ha ye lah tengok kan saja.
First satu sigi maksudnya yang ke pertama lah :)
Posted by a'an marckonah at 3:42 PM 0 comments





