BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 15, 2011

Bila Marikh nak jadi Pluto

Kau,Kau dan Kau

Kenapa tak guna awak,awak dan awak. kenapa ya? sebab TAK SUKA. senang cerita sebab memang tak suka lah. katanya hidup tak patut benci membenci. ye tu betul. Tapi saya tanya awak-awak patut kah awak diam kalau awak rasa ancaman yang salah sasar yang macam setan datang bertubi-tubi? *mungkin awak kata ya mungkin awak kata tak. Tapi saya Marikh bukan nama sebenar berkata tidak.mana boleh saya duduk diam!

Saya Marikh yang dulunya senyum. diam tak kata apa-apa. ye kan sahaja senyumkan sahaja. pekakkan telinga konon cuba jadi neutral bila ada panahan yang salah tersasar. Dah la tumpul,terbalik,songsang pulak ish! Macam tu lah bila banyak panah tumpul tersasar. Tak rasa ke dah ber"tattoo"? lepas tu sampai dah berkudis dekat kepala?semestinya lah dah ber"tattoo"! sedangkan saya Islam. bukan saya nak bercakap bab agama. cuma gambaran yang saya Marikh berikan.

Mungkin sekarang kau,kau dan kau tak duduk senang. Kerana aku Marikh dah jadi merah panas tak boleh padam. Aku Marikh nak saja minta bapak aku tukar nama jadi Pluto biar sejuk beku. Baru cool. Tapi aku Marikh dah tak boleh. Susah nya Marikh bila dah jadi merah marah dendam.
 
Dulu Utarid, Musytari elok saja berlegar dengan orbitnya sendiri. Sama jugak Bumi,Zuhal dan Uranus. Neptun,Pluto dan aku Marikh pon sama. Sama-sama pusing sama-sama laga-laga mata bibir tersenyum gelak-gelak bedekah pulak tu. Sama-sama gelak tapi ada je yang tak senang. dan sebab tu berkecamukan orbit habis yang lain berantakan. Pluto.. aku ni Marikh, kalau aku suruh bapak aku tukar aku nama jadi Pluto yang lagi satu boleh tak ? kalau lah aku Marikh boleh duduk lagi dalam perut Pluto yang dulu kan. Kalau lah.. Tapi Kau,Kau dan Kau yang dah musnahkan!


Marikh terus merah padam dendam terus.

0 comments: