BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 18, 2011

1:57


Check out minit ke 1:57. Alahai haha
1 of the best scene that i like mosttt

-He's married la Zuraihan. haha 
*minat lakonan dia la.tu je :)

Tuesday, June 7, 2011

KAWAN MACAM MANA

Last Sunday


Dah dua minggu tak pi rumah nenek. Ayah suruh pi tgk nenek dgn atuk. C.As n C.Mat pun ada balik.
Sembang-sembang semua ada ayah ibu mak cik nya pak ciknya dgn neneknya adik-adik dengan sepupunya pon ada.

nenek : kakak hang brapa lama lagi nak habis blajaq?

saya : lagi setahun nenek. hehe

nenek : boleh lah dah cari kawan nanti. hehehe (gelak nenek-nenek)

saya : gulp..ha?(telan liuk macam paham macam blurr) 

ayah : heh heh heh

ibu : pandang nenek tak puas hati

nenek : ya la hang dah kena cari kawan la. kakak ni nenek nk cakap dengan hang cari kawan yang dekat-dekat ja. toksah jauh-jauh.nenek pun dah pesan kat abang din sama kak epin hang. mak long hang anak dah la dua orang ja. sat gi cari jauh-jauh,terkontang kanting mak long hang kat rumah. tengok mcm nenek senang semua anak mai dekat-dekat ja. hang kakak anak sulong toksah pikir jauh-jauh.payyyaah (abang din n kak epin kaka sepupu-anak kpd mak long)

saya : ish nenek ni.kakak tak habis blaja lagi ni nenek,lama lagi hehehe (padahal dah tak tau mana nak lari,tak mau dekat soalan mcm tu. mana tak nya tak pernah-pernah orang tua tanya ini nenek pula tanya.masak) haha

nenek : oh ya ka, tak pa kasi hang elok habis blajaq dulu.

ibu : alah mak,blaja abc ni pon tak betul lagi dia ni(ibu pangkah cakap terus dengan gaya sinis ala ala tak puas hati)

ayah : heh heh heh huh kakak kita.. (senyum tunjuk gigi je)

saya : aah la nenek bagi kakak setel habis semua dulu lah! hehehehe (dah blushing even tak nmpk,but i know bila aku rasa aku blushing!)

nenek : tak apa tggu hang habis blaja..

atuk : mana kunci motor atuk ni? (atuk keluar dr pintu tanya mana kunci moto)

(fuh selamat dapat matikan perbualan,dan semua pun kibut carikan kunci moto atuk padahal atas meja masa sembang-sembang haha)

fullamak nenek dah tanya.seriously im not ready yet. memang la ada rasa "teringin"bila tgk wedding sana sini gambaq cantik couple sana sini,tapi belum cukup umur oi. Mana nak cari abang pilot abang lawyer abang engineer abang arkitek semualah.tamak semua nak haha (jiwa gelodak gadis 20-an) hehe

seriously ibu memang pangkah habisan tak puas hati sikit bila ckp pasal kawin2 kawin ni.sbb dulu ibu penah ckp "tak payah pikir kawin-kawin belajar bagi habis bagi ada semua yang nak ada sendiri. standard skrg perempuan kawin 27,28" itu pesan ibu. hmm :)

tapi.. apa pun, "jodoh" kita memang tak tahu.biar Dia yang menentukannya dan "bila" itu pun kita sendiri tak tahu. Semua atas kehendaNYA. cuma berharap dipermudahkan segala urusan akan datang,bila tiba masanya nanti.Amin.

 :)
 

Tuesday, April 5, 2011

Tonite-E



Duduk diam and i'm done doing nothing.
Nak kata relax-relax. Tak jugak.
Nampak na Pending nya. Serabut sama.

Assigmnets? FOR SURE.
hal lain? boleh la.lite-lite je.

Boleh tahan cacamerba dibuatnya.

Friday, March 11, 2011

Unique Restaurant








Kalaulah ada kat sini,Malaysia. Kalaulah ada tanda Halal.pheww~

Wednesday, March 9, 2011

Switchblade

Sllrrpp! nak coba.
dari 2010 nak coba tapi tak coba-coba

:)

fuh fuh 

cool..coolllllll

cute gila baju baby ganas-ganas,adik kecik dah tak ada.
 kalau beli sekarang bagi anak la kan nanti.(entah bila)
grrrrrr ghaummm
hahaha

e m p a t

semester empat.
empat?
ye empat.

dulu mula-mula kata tak pernah lalu semester empat
sekarang bila dah dapat lalu semester empat
dah dapat gambaran dah dapat cerita macam mana semester empat
buat semua nak kena kejar masa,nak berhibur pun x menyempat.
langsung tak sempat.

makin meningkat sem makin meningkat usia
makin banyak kerja.
badan dah penat
otak dah pun liat
dah penat
katanya.

tapi macam mana pun,
mengeluh sekejap untuk sementara.
cuma nak hela nafas yang rasa tak terdaya
alahai.
kene teruskan.
yang kat depan banyak lagi menunggu.

dah-dah x boleh mengeluh.
rasa-rasanya boleh tambah rabun lagi kalau hari-hari kene menaip macam gini.





p/s :
tak ada sapa boleh bantu kita berdiri kalau bukan dari diri kita sendiri.

Sunday, February 20, 2011

S E C R E W


Good Luck Secrew! 
Zuraihan,Faherda,Syafiq,Ameerah,Syahirah,Elani.

Semoga dapat berjalan dengan lancar,dan dipermudahkan segala urusan dengan hendak-NYA. 
InsyaAllah,Amin

Tuesday, February 15, 2011

Nak Coba

Jumpa benda baru yang kena coba! 
boleh bawak adik-adik. 
kakan mithali sangat.Konon.



This is cooolllll men!!!
oh please cepat lah masa banyak free,
seriously nak pegi nak pegi.

bukan jarak jauh atau dekat jadi ukurannya
tapi masalah masa kosong masa lapang jadi masalah nya.alahai.

Monday, February 14, 2011

Bila Jadi Student

Bukan senang bila jadi student,hari-hari kena pergi kelas. Untung bila kelas batal.Tapi assigments tak pernah batal. Tak Pernah. Seronok bila dapat cuti. Tapi assigments tak pernah cuti.Macam ni lah bila jadi student. Balik mengadap lap top. Apa lagi kene mengadap keja lah kan. Tapi mesti ada serong sikit. Buka facebook,buka youtube,buka itulah buka ini lah. Lepas tu kerja trus tergendala. Esok lah buat,esoklah. Berpegang pada 'tomorrow never die'. Bila nak jumpa hari yang kena submit assigment baru malam tu menggelupur nak buat.Belum lagi masuk masa nak berhibur. Kesana kemari tak hingat.Ish. Membazir tau tak sebenarnya. Dan nak buat kerja time tu lah internet nak jadi sellow! sebab time tu lah nak kene research apa yang patut. Dan time tu lah laptop nak hang kan. Confirm masa esok nya tak cukup tido. Bersengkang mata mengadap assigments. Penatnye lah kan jadi student.Tapi sebenarnye tak boleh cakap penat,tak boleh mengeluh. Tak baik!Tak elok! Ibu dengan ayah kita bagi kita duit suruh blajar,ha itu lagi sebenarnya dierang penat. Sikit tak pernah nak mengeluh.Cuba fikir betul-betul.Cuma sekarang kita kena uruskan diri sendiri elok-elok,baik-baik. Jadi bila kita jadi student kita kena buat apa yang patut kita buat. Bila dah tak jadi student nanti baru sebok teringat nak jadi student balik.




P/s : ingatkan untuk diri sendiri :)

Wednesday, January 26, 2011

Brainstorming

Mula dari kisah sang arjuna bola,beralih ke cinta kuih sagu dan kini beralih kepada sang arjuna menjadi arjuni.
Banyak nak kena pikir. Dari introduction,klimaks dan pengakhiran. Harap Sekrew dpt hasil kan apa yang diinginkan. Ini baru permulaan. Yang ini perjumpaan kedua. harap perjumpaan seterusnya berjalan lancar. InsyaAllah :)
























550D awak ela pergh i like.mabeles

Tuesday, January 25, 2011

Toksey

Wild Channel hak tuih haha
Wild Channel ada gelap sikit dha. haha
toksey a'an toksey


Sunday, January 23, 2011

2 pm to 930 pm

hari ini.
 "TIMELOCK"
 90's.



Good Luck geng 90's auw
: dya.pija.rarazain.


Tuesday, January 18, 2011

Yok. Excercise.


2011 buat aktiviti yang lebih ke arah senaman. Eceh nak excercise lah konon. jangan hangat-hangat tahi ayam je sudah *ingatkan diri sendiri sob sob. Dan 2011 sebab ini lah aku jadi lebih gelap. Tanning lah konon. Mana taknya kalau pegi tengah hari buta memang panas lah kan. Memang hitam lah kan. haish. Tapi tak apa, nak excercise punya pasal.

Dalam beberapa orang ni ada yang dah dapat gelaran.
i)Talapiah Hitam
ii)Talapiah Merah
iii) Pingu

Eh baru perasan ada jugak talapiah yang lain haha
i)Talapiah Subjero
ii)Talapiah Siong
iii)Talapiah Bam-Bam

Bila Nak Habis?

Dah taksub sangat cerita indonesia. Mula-mula tengok saja suka-suka. Rupa-rupanya hmm dah addicted. Macam kalau ada satu hari terlepas tak sabar rasanya nak tunggu esok. Macam bila ade kelas balik pukul enam petang cepat-cepat nak balik sebelum cerita tu habis enam setengah petang. Tapi kadang-kadang terpaksa juga berkorban untuk benda yang lebih penting.Yang mana pentig yang itu patut didahulukan. Tv datang kemudian. Tapi dua-dua penting !



Cerita Cinta Dan Anugerah

Banyak episod lagi to go..haish. Nabila tu cantik,kalau lah dpt jadi mcm dia :) eceh berangan lebih haha. Yang dalam gambar sebelah kanan tu hensem alahai.muka suwet :)

Saturday, January 15, 2011

Bila Marikh nak jadi Pluto

Kau,Kau dan Kau

Kenapa tak guna awak,awak dan awak. kenapa ya? sebab TAK SUKA. senang cerita sebab memang tak suka lah. katanya hidup tak patut benci membenci. ye tu betul. Tapi saya tanya awak-awak patut kah awak diam kalau awak rasa ancaman yang salah sasar yang macam setan datang bertubi-tubi? *mungkin awak kata ya mungkin awak kata tak. Tapi saya Marikh bukan nama sebenar berkata tidak.mana boleh saya duduk diam!

Saya Marikh yang dulunya senyum. diam tak kata apa-apa. ye kan sahaja senyumkan sahaja. pekakkan telinga konon cuba jadi neutral bila ada panahan yang salah tersasar. Dah la tumpul,terbalik,songsang pulak ish! Macam tu lah bila banyak panah tumpul tersasar. Tak rasa ke dah ber"tattoo"? lepas tu sampai dah berkudis dekat kepala?semestinya lah dah ber"tattoo"! sedangkan saya Islam. bukan saya nak bercakap bab agama. cuma gambaran yang saya Marikh berikan.

Mungkin sekarang kau,kau dan kau tak duduk senang. Kerana aku Marikh dah jadi merah panas tak boleh padam. Aku Marikh nak saja minta bapak aku tukar nama jadi Pluto biar sejuk beku. Baru cool. Tapi aku Marikh dah tak boleh. Susah nya Marikh bila dah jadi merah marah dendam.
 
Dulu Utarid, Musytari elok saja berlegar dengan orbitnya sendiri. Sama jugak Bumi,Zuhal dan Uranus. Neptun,Pluto dan aku Marikh pon sama. Sama-sama pusing sama-sama laga-laga mata bibir tersenyum gelak-gelak bedekah pulak tu. Sama-sama gelak tapi ada je yang tak senang. dan sebab tu berkecamukan orbit habis yang lain berantakan. Pluto.. aku ni Marikh, kalau aku suruh bapak aku tukar aku nama jadi Pluto yang lagi satu boleh tak ? kalau lah aku Marikh boleh duduk lagi dalam perut Pluto yang dulu kan. Kalau lah.. Tapi Kau,Kau dan Kau yang dah musnahkan!


Marikh terus merah padam dendam terus.

Thursday, January 13, 2011

Jangan Cari Pasal

Cerita sarang tebuan, masa mula buat sarang, sendiri-sendiri.
Diam. Sepi. Macam dah noktah. Cuma ada bunyi yang minima yang tak kacau keliling. Tak bingit tak berdentum. Dalam dunianya sendiri masih,masih lagi beroperasi binanya habitat.
Masa yang sama terus dan masih lagi memerhati. Perhati sekeliling yang mana sebenarnya adalah ancaman.
tak kacau keliling sebab sibuk dengan habitat sendiri. Jadi, jangan kacau sebab itu lah tanda amarannya!

Elok dah jadi habitat,biak nya satu demi satu. Cerita cereka alam, memang akan ada yang kacau.
Ada yang usik. Sedangkan kawasan yang dibina tak ganggu yang keliling. Melainkan pokok yang ditumpang.
Parasit kah apakah dah memang itu tempatnya. Apa yang boleh kata?
Jadi kenapa yang keliling sebok nak senggol,sebok nak usik,sebok nak jolok-jolok! Pantang tengok yang senang!
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Bila sang-sang tebuan mengamuk,baru mencicit. Baru sebok nak pas-pas beton tolak sana sini.
Pas sana sini, nak kata tak pernah tahu lah tak pernah kacau sarangnya lah.Macam-macam. Konon tak tahu menahu. Apakah?
Sedangkan si sang-sang tebuan nampak dalam diam tahu sebenar apa jadinya? Bila sang-sang tebuan berpecah belah tak sebok pula si-si lahabau masuk campur?
Tadi sebok nak kacau. Kenapa tak biar saja mereka tenang? Biar saja.tinggal saja mereka dengan sindiri.
Itu yang sepatutnya yang dibuat wahai tuan-tuan pengacau.Wahai si penyebok.

Bila tiba masanya sang-sang tebuan bertempiaran.Jaga-jagalah kau sang pengacau sang lahabau!
Mana tahu bisa yang tidak bisa dipadam? Mana tahu bisa yang ditinggal mendalam?
Jangan tanya sang pokok.Sang pokok tak ada masalah apa-apa pon. Tak bising pon di tompang. Sang pokok diam tak kata apa. Ikhlas katanya.
Cuma yang nak diningatkan kepada kau sang lahabau,  
Jangan Coba Jangan Berani Kacau.Jangan sebok nak cari pasal.Pandai kau buat, pandai kau kacau pandai lah kau tanggung sendiri nanti.

Wednesday, January 12, 2011

Terbabit

Borak-borak dalam kelas. Tapi waktu tu kelas dah habis.Tak ape lah kan sebab waktu kelas mana boleh borak kene FOKUS. Kata student kan,time belajar kita kena belajar time borak kita wajib borak kan. *macam mintak  kaki pon ada.

Waktu tu..aku,Kak Anne,Shera,Kak Amoi,Kema,Kak Sa,Kak Farha,Abang Filza dalam kelas. *betapa tertinggal nya umur aku sebab dalam kelas banyak kakak dan syukur ada abang tunggal. Kema borak pasal Sofea dan Panjang and ape entah(aku salin mana aku ingat,tapi tak 100% ingat). Tapi ingat ada kait pasal hantu ikut lah konon. Seram tak seram jugak la.Kawan kelas aku ni kata,boyfriend dia dapat rasa kalau dia tengah keluar dengan kawan lelaki lain. Karutnya,kononnya aku kata mesti ada la kan yang ikut. saja la main-main kata macam tu. Kema pon kata ha ye la rasanya tapi tak tahu la kan. Tapi memang Kema kata selalu macam tu boyfriend dia dapat tau.hayook. Ada satu hari,elok kema keluar hari tu duduk sit belakang dalam kereta dengan kawan lelaki dia. Tak lama boyfreind dia mesej kata something yang dia macam tahu keadaan kema waktu tu. haa..

Kak Amoi kata sekarang kita sesi mengumpat boyfreind! *statement maut. nasib aku single.ehem.dan-dan..
alah biasa lah perempuan. omong-omong macam tu tapi sayang jugak kan kak Amoi?*macam lah depa-depa tak buat kan?i mean the boyfreindss.erm maksudnya mereka sayang lah tu.cet.

Boleh tahan dengar cerita Kema, macam mana entah aku rasa takut pulak. tiba-tiba macam mana aku boleh kata kat Kema, aku takut la kema kalau aku "terbabit"! ha macam mana? *maksud aku terbabit macam hantu yang kononya ikut tu,dia cam muka aku sekali.ha macam mana? ha jawab!
Sebab time tu aku salah satu yang fokus dengar cerita Kema. Dierang gelakkan aku sebab aku kata ayat terbabit. betul lah kan. sob..sob.. habis aku nak kata apa? berkecimpung? lagi la kan kena hanjeng 7 malam tak habis.

Tapi tak apa, since aku dah upload cerita ni dekat blog. Dan ada yang baca, makudnya mereka yang baca pun TERBABIT sama!! Jadi aku ada geng kalau diperhati oleh "mereka". Majmuk sikit yang akan diperhati kan.
*INGAT! lepas baca ni..ingat tau.ingat la..ingat-ingat sendiri. ha..hayokk


ini cuma cerita.ketepikan tahyul.hanya cerita dalam cereka hidup.yang boleh diambil ikhtibar di ambil. ada banyak contoh seperti
i) belajar perlu fokus
ii) bila dah borak jangan belajar
iii)borak boleh tapi lepas kelas
iv)curang tapi jangan lakukan.tapi bukan curang kan CUMA keluar bersama kawan. senang cerita berlaku jujur.
v)perempuan penyayang orangnya *tiba-tiba lah kan.


*dan aku coba belajar dari cerita cereka hidup mereka :)

First. Satu. Sigi.

Mula dengan pertama baru ada kedua. Dah banyak kali pertama tapi aku tak berjaya untuk yang berikutnya. Macam mana? ce cite,ce cite..
*tak apa gagal sekali bukan gagal selamanya,jadi aku coba lagi.coba bina blog(gila looser bina blog pon tak lepas-lepas)

Tegar niat 2011 nak reti menulis sebab..haish banyak sebabnya. salah satu sebab dah tahun baru dah masuk sem baru dan dah ada subject baru.yeahh SCRIPT WRITING. Apa aku nak tulis kalau aku tak tahu tulis? Apa aku nak skripkan kalau aku tak ada idea nak di skripkan? jadi aku pilih tajuk ini.tajuk NGOMONG-NGOMONG.
*baru jawajati.

Jadi aku jadikan yang belum jadi,supaya menjadi-jadi. Dengan ada nya kemudahan medium "blogspot.com" aku coba mula "bertaktih". tak cukup untuk bertaktih sekali, jadi kena bertaktih banyak-banyak kali.ye "banyak-banyak kali"..ha ye lah tengok kan saja.

First satu sigi maksudnya yang ke pertama lah :)